Visi, Misi & Objek­tif

Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar adalah salah satu baha­gian ter­pent­ing di dalam sis­tem Uni­ver­siti Teknologi MARA. Baha­gian ini bertang­gung­jawab melak­sanakan dua fungsi pent­ing iaitu:

PERKHID­MATAN PELAJAR:-

  • Kemu­da­han Penempatan
  • Kemu­da­han Makanan
  • Ban­tuan Kewangan
  • Keba­jikan Pela­jar Per­hubun­gan Pela­jar dan Alumni

PEM­BAN­GU­NAN DAN KEPIMPINAN:-

  • Lati­han Pem­ban­gu­nan Pelajar
  • Pelak­sanaan Aktiv­iti Pelajar
  • Pem­ban­gu­nan Sah­siah Rupa Diri
  • Kegiatan Kokuriku­lum
  • Pem­ban­gu­nan Sukan
  • Khid­mat Ker­jaya dan Kaunseling
  • Pem­ban­gu­nan Keusahawanan
  • Kebu­dayaan dan Kesenian

MISI:-

Melahirkan grad­uan yang berperib­adi murni, global, kre­atif, berketer­ampi­lan, mem­pun­yai jati diri, patri­otik, bertang­gung­jawab, bertaqwa dan ber­daya saing.

VISI:-

Men­jadi sebuah baha­gian yang ung­gul dalam mem­berikan perkhid­matan dan usaha-​usaha pem­ban­gu­nan pelajar.

OBJEK­TIF:-

Bagi men­ca­pai visi dan misi Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar seperti yang diny­atakan di atas, berikut meru­pakan objek­tif yang telah dirumuskan:

  • Merangka dan melak­sanakan pro­gram pem­ban­gu­nan pela­jar yang bersepadu dan berteru­san serta mem­pun­yai nilai tam­bah­baikan (value added) bagi mewu­jud­kan lulu­san yang bersi­fat global dan ber­daya saing.
  • Mem­beri perkhid­matan serta kemu­da­han yang menyelu­ruh dan sem­purna bagi mewu­jud­kan suasana dan persek­i­taran pem­be­la­jaran dan tem­pat ting­gal yang selesa dan kondusif.
  • Meng­galakkan peng­gu­naan IT melalui kemu­da­han yang dise­di­akan, sesuai den­gan peruba­han dan keper­luan masakini seja­jar den­gan dasar negara.

FUNGSI:-

Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar berper­anan untuk memas­tikan penye­di­aan prasarana yang kon­dusif bagi pem­be­la­jaran dan uru­san yang berkai­tan den­gan pem­ban­gu­nan sah­siah pelajar,kemudahan kolej kedia­man, kemu­da­han ban­tuan kewan­gan, kesi­hatan, keba­jikan, kaun­sel­ing perib­adi dan ker­jaya, kegiatan per­sat­uan, aktiv­iti sukan serta per­ni­a­gaan. Baha­gian ini juga ter­li­bat dalam uru­san disi­plin pelajar.

Fungsi Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar jelas apa­bila wujud­nya Akta Institusi-​Institusi Pela­jaran (Tatatertib) 1976 atau dike­nali seba­gai Akta 174. Secara amnya, fungsi Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar adalah seperti berikut:

  • Menye­di­akan kemu­da­han peng­i­na­pan dan makanan kepada pela­jar yang ting­gal di kolej.
  • Menye­laras per­hubun­gan pela­jar den­gan pen­tad­bi­ran UiTM, institusi-​institusi pen­ga­jian tinggi, agensi ker­a­jaan dan swasta, per­tubuhan luar dan orang perseorangan.
  • Menye­laras kegiatan pela­jar seperti aktiv­iti keaga­maan, intelek­tual, kepimp­inan, kebu­dayaan, sukan, per­ni­a­gaan dan sosial.Menyelaras kegiatan pela­jar seperti aktiv­iti keaga­maan, intelek­tual, kepimp­inan, kebu­dayaan, sukan, per­ni­a­gaan dan sosial.
  • Mem­bantu pela­jar men­da­p­atkan ban­tuan kewan­gan dalam ben­tuk der­ma­siswa, bia­siswa dan pinjaman.
  • Men­gu­rus keba­jikan pela­jar ter­ma­suk hal-​hal kece­masan dan kematian.
  • Men­jaga keten­tera­man dalam dan luar kam­pus melalui pelak­sanaan Akta 174, Akta Institusi-​Institusi Pela­jaran (Tatatertib) 1976.