Dalam memas­tikan pengi­mara­han Pusat Islam UiTM Kam­pus Pasir Gudang ini sen­ti­asa ber­jalan, maka telah diwu­jud­kan 1 jawatankuasa kecil diatara staf & pela­jar bersama-​sama bergand­ing bahu bagi men­gu­ruskan Pusat Islam ini dan memas­tikan Pusat Islam ini sen­ti­asa diimarahkan den­gan pel­ba­gai pro­gram Kero­han­ian bagi mem­ben­tuk perib­adi Mus­lim untuk warga UiTM Kam­pus Pasir Gudang.



Pusat Islam UiTM Kam­pus Pasir Gudang ini san­gat aktif dalam men­jalankan fungsinya seba­gai pusat ilmu.Selain dari­pada solat berje­maah lima waktu setiap hari, pel­ba­gai aktiviti-​aktiviti lain turut diadakan seperti :-

BIL PRO­GRAM CATATAN
1 KULIAH PEN­GA­JIAN KITAB Pro­gram ini dise­di­akan untuk semua warga staf dan teruta­manya pela­jar Kam­pus Pasir Gudang setiap malam bermula hari ahad sehingga rabu selepas solat maghrib.
2 KELAS HAFAZAN QURAN Pro­gram kelas ini diadakan untuk mem­bimb­ing dan melatih para pela­jar yang bermi­nat untuk meng­hafaz Al-​Quran bermula pada Juzuk 30 dan keatas. Mat­la­mat lain juga adalah bertu­juan untuk melahirkan para pela­jar yang seim­bang dari segi pen­didikan duni­awi dan ukhrawi.
3 MAJLIS PENG­HAY­ATAN & PEM­BU­DAYAAN AL-​QURAN Diadakan setiap minggu pada hari Khamis bertu­juan untuk mem­beri pelu­ang teruta­manya kepada para staf dan pen­syarah untuk mem­baca dan mema­hami Al-​Quran den­gan lebih mendalam.
4 MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL Diadakan setiap hari khamis malam jumaat.
5 SOLAT SUNAT HAJAT PER­DANA SEM­PENA PEPERIKSAAN Diadakan khusus kepada para pela­jar untuk meng­hadapi peperik­saan akhir semester.
6 SOLAT SUNAT HAJAT HARIAN Diadakan pada setiap malam selama peperik­saan terse­but berlang­sung sehingga selesai.




Pusat Islam UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang telah ditubuhkan seir­ing den­gan penubuhan UiTM Kam­pus Pasir Gudang pada awal Feb­ru­ari 2014. Ia diu­ruskan sepenuh­nya oleh kak­i­tan­gan Baha­gian Hal Ehwal Islam bagi memas­tikan fungsi pengi­mara­han pusat islam terus ber­jalan. Pusat Islam ini meru­pakan pusat kero­han­ian untuk semua warga UiTM Kam­pus Pasir Gudang selain ia seba­gai rumah ibadah khusus untuk mereka yang beragama Islam dan ahli kari­ah­nya ter­diri dari­pada pen­duduk sek­i­tar UiTM, kak­i­tan­gan dan para pela­jar yang menun­tut di sini. Pusat Islam ini mampu memu­atkan kap­a­siti sera­mai 1500 orang jemaah dalam satu-​satu masa.

Baha­gian Hal Ehwal Islam telah mem­per­tang­gung­jawabkan uru­san pen­gu­ru­san dan pengi­mara­han Pusat Islam ini kepada 2 orang kak­i­tan­gan­nya iaitu Peno­long Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pem­bantu Hal Ehwal Islam . Sebarang uru­san berkai­tan Pusat Islam seperti pengi­mara­han, penyeli­aan, peng­gu­naan ruang tem­pat ibadah dan per­ala­tan dan lain-​lain yang berkai­tan adalah men­jadi tang­gung­jawab mereka..