Unit Pem­ban­gu­nan Insan meru­pakan satu unit yang ditubuhkan di bawah Baha­gian Hal Ehwal Islam bagi melak­sanakan aktiviti-​aktiviti kero­han­ian bersem­pena tarikh keaga­maan Islam dalam mem­ben­tuk sah­siah rupa diri para staf secara amnya dan para pela­jar secara khususnya.

Unit ini juga bertin­dak untuk men­jalankan pro­gram secara bek­er­jasama bersama pihak luar bagi men­gukuhkan diplo­masi Islam yang baik diatara dua pihak di per­ingkat kam­pus mahupun per­ingkat negeri dan juga kebangsaan.

Baha­gian Hal Ehwal Islam telah mem­per­tang­gung­jawabkan uru­san pem­ban­gu­nan insan ini kepada seo­rang kak­i­tan­gan­nya iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam . Sebarang uru­san berkai­tan Pem­ban­gu­nan Insan seperti Lati­han , Pro­gram Keaga­maan dan lain-​lain yang berkai­tan adalah men­jadi tang­gung­jawab beliau.

Antara aktiv­iti yang telah dijalankan oleh unit ini adalah seperti berikut :-

BIL PRO­GRAM CATATAN
1 SEM­I­NAR RAWATAN ISLAM SIRI 15 Pro­gram perkongsian kepada semua warga kam­pus dan luar dalam mema­hami cara menghin­dar dan mer­awat segala jenis gang­guan ghaib dalam kehidupan.
2 MAJLIS IHYARAMADHAN Pro­gram ini diwu­jud­kan pada bulan Ramad­han bagi mengisi keper­luan kero­ha­nia setiap pela­jar dan warga kerja UiTM Kam­pus Pasir Gudang seperti Tadarus Al-​Quran, Pengisian Tazki­ran Har­ian dan lain-​lain lagi.
3 SAMBU­TAN MAULIDUR RASUL Pro­gram ini diadakan setiap tahun bertu­juan mengin­gatkan kem­bali kelahi­ran baginda s.a.w. dan sejarah ken­abian dan kera­su­lan beliau.
4 CERAMAH NISFU SYAABAN Pro­gram perkongsian kepada semua warga kam­pus bertu­juan untuk meng­hay­ati kisah-​kisah sejarah islam yang ter­jadi ketika baginda s.a.w. berada dalam bulan Sya’ban.
5 CERAMAH SAMBU­TAN MAAL HIJRAH Pro­gram perkongsian ten­tang Penghi­jra­han baginda s.a.w.
6 CERAMAH ISRADAN MIRAJ Perkongsian ceramah ten­tang baginda s.a.w. yang telah dibawa ke lan­git ke-​7 untuk berjumpa secara lang­sung den­gan Allah dan mener­ima tugasan dak­wah berke­naan Solat.
7 CERAMAH NUZUL Al-​QURAN Perkongsian ceramah berke­naan penu­runan Al-​Quran secara berper­ingkat di bulan Ramadhan.
8 SAMBU­TAN HARI RAYA AIDIL­FITRI & AIDILADHA Pro­gram diadakan untuk menyam­but per­ayaan bersama semua warga kampus.