Unit Bimbin­gan & Khid­mat Nasi­hat meru­pakan satu unit yang ditubuhkan di bawah Baha­gian Hal Ehwal Islam bagi melak­sanakan aktiviti-​aktiviti kero­han­ian keaga­maan dan bimbin­gan psikologi dalam mem­ben­tuk sah­siah rupa diri para staf secara amnya dan para pela­jar secara khususnya.

Unit ini juga bertin­dak untuk mem­bantu menye­le­saikan segala per­masala­han agama atau isu semasa yang berkai­tan den­gan agama bagi men­jadikan warga UiTM Kam­pus Pasir Gudang ini sen­ti­asa ter­hin­dar dari perkara-​perkara yang boleh merosakkan aki­dah & sah­siah diri masing-​masing.

Baha­gian Hal Ehwal Islam telah mem­per­tang­gung­jawabkan uru­san bimbin­gan & khid­mat nasi­hat ini kepada seo­rang kak­i­tan­gan­nya iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam . Sebarang uru­san berkai­tan Bimbin­gan Agama & Khid­mat Nasi­hat seperti pem­ben­tukan modul aktiv­iti kero­han­ian , modul bimbin­gan berkelom­pok & lain-​lain yang berkai­tan adalah men­jadi tang­gung­jawab beliau.

Antara aktiv­iti yang telah dijalankan oleh unit ini adalah seperti berikut :-

BIL PRO­GRAM CATATAN
1 LAWATAN MUHIB­BAH Lawatan ini bertu­juan bagi meman­tau dan men­ge­nal pasti pelajar-​pelajar yang tidak menunaikan Solat Jumaat. Setiap pela­jar yang ter­li­bat, akan dibawa ke Baha­gian Hal Ehwal Islam bagi mem­beri bimbin­gan dan nasi­hat untuk men­gubah sah­siah mereka kearah yang lebih baik.
2 PRO­GRAM SAN­TAI ROHANI Pro­gram ini diwu­jud­kan untuk pelajar-​pelajar siswi sahaja untuk berkongsi segala per­masala­han dan berbin­cang isu utama wanita dalam per­spek­tif Islam melalui sum­ber Kitab Fiqh Wanita.
3 PRO­GRAM MENG­GI­LAP KILAUAN PERMATA Pro­gram ini pula bertu­juan untuk berkongsi perbin­can­gan agama dikalan­gan staf dan mat­la­mat­nya yang lain adalah untuk mem­ben­tuk sah­siah staf dan pen­syarah kearah kebi­jak­sanaan Islam yang terbaik.
4 BIMBIN­GAN DALAM SOLAT MINGGU DES­TINI SISWA Pro­gram ini dilak­sanakan dalam minggu pendaf­taran pela­jar baru dan ia dina­makan ” SMART SOLAT “. Bertu­juan untuk mem­beri pendeda­han keaga­maan teruta­manya dalam Solat dan perkara-​perkara yang berkai­tan den­gan­nya. Dalam per­lak­sanaan ini juga, para pela­jar baru akan diberi soalan-​soalan yang berkai­tan bagi menge­tahui tahap kefa­haman mereka dalam Solat dan sebagainya.
5 BIMBIN­GAN HALAQAHSAYANGI DIRI Pro­gram ini adalah untuk mem­bantu pela­jar yang telah gagal dalam men­jawab soalan-​soalan yang diberikan semasa dalam pro­gram Bimbin­gan Dalam Solat Minggu Des­tini Siswa ( SMART SOLAT ).
6 BIMBIN­GAN HALAQAH Pro­gram ini pula untuk Perkongsian ten­tang Al-​Quran, Ibadah dan Solat kepada pelajar-​pelajar yang Ber­jaya dalam Minggu Des­tini Siswa.