Pro­gram Akademik

Fakulti Keju­ruter­aan Elek­trik UiTM Johor Kam­pus Pasir Gudang menawarkan tiga (3) pro­gram akademik di per­ingkat diploma iaitu:

Para pela­jar akan men­jalani kursus-​kursus yang ditawarkan selama lima (5) semes­ter ter­ma­suk lati­han indus­tri dan wajib LULUS semua kursus-​kursus dan keper­luan yang telah dite­tap­kan oleh pihak uni­ver­siti sebelum berge­lar graduan.

Grad­uan dari ketiga-​tiga pro­gram ini berpelu­ang untuk men­eroka ker­jaya dalam sek­tor ker­a­jaan atau sek­tor swasta. Bagi grad­uan pro­gram EE110, mereka berpelu­ang untuk bek­erja di dalam sek­tor indus­tri auto­mo­tif, pen­gelu­aran pro­duk elek­trikal, elek­tronik, dan semi­kon­duk­tor, sek­tor keju­ruter­aan bio­medik, kawalan kual­iti dan sek­tor indus­tri minyak dan gas. Bagi grad­uan pro­gram EE111, mereka berpelu­ang untuk berk­erja di pel­ba­gai sek­tor indus­tri antaranya indus­tri elek­tronik, indus­tri teleko­mu­nikasi dan indus­tri kom­puter. Antara syarikat-​syarikat yang menawarkan pelu­ang peker­jaan adalah Intel, Motorola, Agi­lent, Sil­tera, Maxis, Cel­com, TM, Digi dan lain-​lain. Bagi grad­uan pro­gram EE112, mereka berpelu­ang untuk bek­erja den­gan syarikat seperti TNB dan IPP (Inde­pen­dant Power Provider) seperti Malakoff. Grad­uan dari pro­gram EE112 dapat menyum­bang kepada keku­ran­gan tenaga pakar di dalam bidang indus­tri tenaga dan kuasa di Malaysia.