Pen­ge­nalan Unit Ker­jaya dan Kaun­sel­ing

Unit Ker­jaya dan Kaun­sel­ing (UKK) meru­pakan satu unit di bawah Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar (BHEP) yang berper­anan dalam men­jalankan proses inter­aksi kaun­sel­ing antara seo­rang Kaun­selor den­gan ahli kelom­pok. Perkhid­matan ter­diri dari­pada sesi Kaun­sel­ing Indi­vidu dan sesi Kaun­sel­ing Kelom­pok. Perkhid­matan ini dapat mem­bantu Pela­jar, Staf, Ibu Bapa Pela­jar, dan Masyarakat Luar dalam proses pema­haman diri, pener­i­maan diri, mem­buat per­an­can­gan masa depan, dan mampu men­gu­ruskan halan­gan yang meng­ganggu diri dan persek­i­taran pelang­gan. Unit Ker­jaya dan Kaun­sel­ing juga mem­berikan perkhid­matan bimbin­gan dan penyalu­ran mak­lumat berdasarkan isu yang diu­tarakan oleh pelanggan.

Pegawai Psikologi atau Kaun­selor adalah ter­diri dari­pada Kaun­selor yang berdaf­tar di bawah Lem­baga Kaun­sel­ing Malaysia Akta Kaun­selor 1998 (Akta580), yang men­da­pat gelaran Kaun­selor Berdaf­tar, Per­akuan Amalan (KB.PA,Mal). Oleh itu, proses per­hubun­gan antara Kaun­selor dan Klien adalah berdasarkan kepada prinsip-​prinsip Kod Etika Ker­ah­si­aan yang dite­tap­kan oleh Lem­baga Kaun­sel­ing Malaysia dan Peke­lil­ing yang dite­tap­kan oleh UiTM secara amnya.

Dua fungsi utama telah dikem­bangkan melalui Unit Ker­jaya dan Kaun­sel­ing iaitu Ker­jaya dan Kaun­sel­ing. Fungsi Ker­jaya adalah untuk pen­em­patan peker­jaan dan per­hubun­gan majikan kepada grad­uan UiTM. Selain itu, Pem­ban­gu­nan Ker­jaya kepada pela­jar juga dipupuk dari awal semes­ter melalui pro­gram – pro­gram Pem­ban­gu­nan Ker­jaya dan pela­jar wajib meng­hadiri Pro­gram Fin­ish­ing School bagi per­ingkat pen­ga­jian Diploma dan Sar­jana Muda. Fungsi Kaun­sel­ing pula, adalah men­jalankan Perkhid­matan Kaun­sel­ing dan Psikologi serta Pem­ban­gu­nan Kaun­sel­ing dan Komu­niti. Melalui aktiv­iti kaun­sel­ing pela­jar dapat meningkatkan Kemahi­ran Kendiri dan Kemasyarakatan menerusi pen­gen­dalian Pro­gram – pro­gram yang dijalankan.

Perkhid­matan Ker­jaya dan Kaun­sel­ing secara Maya juga digu­nakan kepada pela­jar melalui perkhid­matan e-​kaunseling melalui stu­dent por­tal setiap pela­jar UiTM. Kelebi­han­nya, Pela­jar UiTM berhak memilih Kaun­selor atau Pegawai Psikologi dari senarai staf Kaun­selor atau Pegawai Psikologi dari cawan­gan UiTM selu­ruh Malaysia untuk berin­ter­aksi secara maya.

Unit Ker­jaya dan Kaun­sel­ing juga men­jalankan Khid­mat Kon­sul­tasi atau Pakar Rund­ing Cara kepada pelang­gan, agar pelang­gan mem­pun­yai celik akal dalam men­cari makna kehidu­pan sendiri dari aspek Perib­adi, Ker­jaya, Akademik, Sosial, Kewan­gan, Moti­vasi, Kelu­arga, dan lain – lain. Bagi UiTM Cawan­gan Johor, Kam­pus Pasir Gudang , Unit Ker­jaya dan Kaun­sel­ing dit­er­a­jui oleh Puan Suzainah Binti Rah­mat (KB​.PA Mal).

Sebarang per­tanyaan dan mak­lumat lan­jut, sila hubungi :
Cr. Suzainah Binti Rah­mat ( KB02588, PA03036)
Pegawai Psikologi Kanan (S44)
Unit Ker­jaya & Kaunseling
UiTM Cawan­gan Johor, Kam­pus Pasir Gudang
Jalan Pur­nama Ban­dar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Takzim

Email : This email address is being pro­tected from spam­bots. You need JavaScript enabled to view it.
Link Ker­jaya : www​.job​shop​.uitm​.edu​.my
Link Kaun­sel­ing : https://​coun​selling2u​.uitm​.edu​.my/​a​p​-​a​d​m​i​n​/​l​o​g​i​n​.​c​f​m