Pen­ge­nalan Fakulti

Sepin­tas Lalu

Sejarah lati­han Keju­ruter­aan Mekanikal di Uni­ver­siti Teknologi MARA (UiTM) telah bermula di bawah Seko­lah Keju­ruter­aan den­gan penawaran pro­gram Diploma Lan­ju­tan Keju­ruter­aan Mekanikal pada tahun 1968, dan seterus­nya pen­ge­nalan Diploma Keju­ruter­aan Mekanikal pada tahun 1973. Hasil dari­pada pengem­ban­gan dan proses pen­struk­tu­ran sem­ula, Fakulti Keju­ruter­aan Mekanikal (FKM) telah ditubuhkan pada tahun 1966, semasa era UiTM dike­nali seba­gai Insti­tut Teknologi MARA (ITM).

Sejak penubuhan­nya, FKM telah banyak menyum­bang dalam menye­di­akan lati­han keju­ruter­aan berkual­iti kepada pelajar-​pelajar bumi­put­era. Sete­lah pen­ganuger­a­han sta­tus uni­ver­siti kepada UiTM pada tahun 1999, secara tidak lang­sung telah men­dorong FKM untuk men­jadi lebih aktif dalam aktiviti-​aktiviti penye­lidikan dan pembangunan.

FKM, UiTM Johor Kam­pus Pasir Gudang

Fakulti Keju­ruter­aan Mekanikal, di UiTM Johor Kam­pus Pasir Gudang menawarkan pro­gram 3 tahun (6 semes­ter) diploma didalam juru­san Keju­ruter­aan Mekanikal (Diploma in Mechan­i­cal Engi­neer­ing). Pada 2 tahun per­tama pen­ga­jian, pro­gram ini menawarkan pen­ge­nalan asas berkai­tan Keju­ruter­aan Mekanikal. Pro­gram yang ditawarkan telah dirangka untuk memenuhi keper­luan indus­tri, merangkumi peker­jaan seba­gai pem­bantu jurutera atau juruteknik, sama ada didalam bidang berkai­tan peng­gu­naan mesin mahupun penge­tahuan teknikal seperti pen­gelu­aran, aeroangkasa, auto­mo­tif, pem­bu­atan serta minyak dan gas.

Seterus­nya di tahun akhir pen­ga­jian, demi untuk perse­di­aan peker­jaan di masa akan datang, para pela­jar akan diberikan pil­i­han modul untuk dip­ilih berdasarkan minat mereka. Diantara pil­i­han modul yang ditawarkan adalah Keju­ruter­aan Mekanikal Tulen, Pem­bu­atan, Auto­mo­tif, dan Aeroangkasa. Para pela­jar juga diwa­jibkan men­jalani lati­han indus­tri (LI) pada semes­ter akhir bagi mem­berikan pendeda­han dan pen­gala­man sebe­nar alam peker­jaan kepada mereka.

Pro­gram Diploma Keju­ruter­aan Mekanikal yang ditawarkan di UiTM ini juga adalah unik dan kre­atif dimana pela­jar akan dilatih semasa pem­be­la­jaran berkai­tan teknik-​teknik untuk berfikir, mem­ban­gunkan, bek­erja dalam kumpu­lan, melak­sanakan dan menyam­paikan sesu­atu tugasan ataupun projek.

Grad­uan yang telah ber­jaya didalam pro­gram ini akan berpelu­ang untuk menyam­bung ke per­ingkat Sar­jana Muda Keju­ruter­aan (Kepu­jian) Mekanikal (Mekanikal Tulen ataupun Pem­bu­atan) sama ada di kam­pus induk UiTM Shah Alam ataupun UiTM Pulau Pinang Kam­pus Per­matang Pauh.

* Ban­gu­nan Fakulti Keju­ruter­aan Mekanikal (FKM), UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang (bird’s-eye view)