Men­ge­nai Kami


PEN­GE­NALAN

Baha­gian Hal Ehwal Islam (ACIS) atau dulu dike­nali seba­gai Unit Agama Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar telah diperke­nalkan pada 3 Mac 1971. Pada awal penubuhan, unit ini hanya dik­enda­likan di kam­pus Shah Alam oleh seo­rang Pegawai Penasi­hat Agama.

Meman­dan­gkan perkem­ban­gan UiTM dari masa ke semasa dari segi per­tam­ba­han bilan­gan pela­jar dan penubuhan cawangan-​cawangannya di selu­ruh Malaysia, maka sekarang ini jum­lah pegawainya dita­m­bah. Pegawai-​pegawai terse­but diag­ihkan pen­em­patan­nya mengikut keper­luan di kam­pus induk dan cawangan-​cawangan. Di kam­pus cawan­gan Johor, Unit Agama ditubuhkan bersama penubuhan UiTM Johor, dan kemu­di­an­nya nama Unit Agama ditukarkan kepada CITU Hal Ehwal Islam di bawah Pusat Pemiki­ran dan Kefa­haman Islam (CITU).

Pada tarikh 21 Mei 2013, Cen­tre for Islamic Thought and Under­stand­ing, telah di naik taraf kepada Acad­emy of Con­tem­po­rary Islamic Stud­ies (ACIS), seja­jar den­gan perkem­ban­gan ini, CITU Hal Ehwal Islam turut diangkat men­jadi Baha­gian Hal Ehwal Islam (ACIS).

Lokasi Peja­bat Baha­gian Hal Ehwal Islam (ACIS) ter­letak di tingkat dua Ban­gu­nan Pen­tad­bi­ran. Peja­bat Baha­gian Hal Ehwal Islam ( ACIS ) bergabung den­gan Peja­bat Baha­gian Hal Ehwal Pela­jar. ( Sebarang uru­san berkai­tan bimbin­gan dan khid­mat nasi­hat, ban­tuan zakat pela­jar dan lain-​lain bolehlah datang dan beru­ru­san den­gan kami. Kehadi­ran anda amat dialu-​alukan. Selain itu, Baha­gian Hal Ehwal Islam (ACIS) juga bertang­gung­jawab dalam uru­san berkai­tan pen­gu­ru­san dan pengi­mara­han Pusat Islam di dalam kampus.

Tugas Dan Tang­gung­jawab Baha­gian Hal Ehwal Islam (ACIS):

  • Bertang­gung­jawab kepada Ketua Pusat Pen­ga­jian (ACIS) dan Koor­di­na­tor (ACIS) dalam pro­gram keaga­maan kampus.
  • Mer­an­cang pro­gram keaga­maan pela­jar dan kak­i­tan­gan dalam kampus.
  • Menye­laras program-​program keaga­maan den­gan pihak luar
  • Men­jalankan bimbin­gan agama dikalan­gan pela­jar dan staf.
  • Mer­an­cang dan men­gadakan aktiv­iti berkala mengikut kalen­dar hari-​hari kebe­saran Islam.
  • Mem­beri perkhid­matan keaga­maan kepada semua baha­gian dan unit di UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang.



VISI

Mem­bimb­ing manu­sia ke arah insan yang bertakwa di dunia dan akhi­rat den­gan meng­hara­p­kan kered­haan Allah swt.


MISI

BHEI (ACIS) berkeyak­i­nan bahawa setiap insan memer­lukan nilai-​nilai murni seba­gai unsur kesem­pur­naanmelalui bimbin­gan bersepadu demi kece­mer­lan­gan hidup.


OBJEK­TIF

  • Mem­beri bimbin­gan agama kepada para pela­jar khusus­nya dan kak­i­tan­gan amnya dalam mema­hami dan meng­hay­ati nilai-​nilai ajaran Islam yang sebe­nar bagi menye­le­saikan masalah diri, nilai sosial dan pel­ba­gai masalah lain yang dihadapi oleh para pela­jar dari masa ke semasa, baik secara kelom­pok atau perseorangan.

  • Berusaha menghin­darkan pela­jar dari ter­pen­garuh den­gan aliran-​aliran atau ajaran-​ajaran yang bercang­gah den­gan nilai-​nilai keislaman.

  • Menye­le­saikan kekusu­tan pemiki­ran dan jiwa di kalan­gan para pela­jar yang pada umum­nya yang banyak berti­tik tolak dari keku­ran­gan bimbin­gan dan penge­tahuan agama.

  • Berikhtiar mem­ben­tuk perib­adi dan per­watakan pela­jar yang ‘inte­grated’, seim­bang den­gan per­ca­pa­ian dalam bidang keil­muan dan kero­han­ian dalam usaha untuk melahirkan keperib­a­dian Mus­lim yang luhur.

PIAGAM PELANG­GAN

Kami bertang­gung­jawab untuk men­gan­jur dan mem­beri perkhid­matan bagi memenuhi keper­luan kero­han­ian kepada pela­jar dan staf, Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang.

Kami beril­ti­zam mem­beri perkhid­matan yang cekap dan berke­san mengikut jangka­masa yang dijan­jikan seperti berikut:



PRIN­SIP BIMBINGAN

Dalam melak­sanakan kerja bimbin­gan, Baha­gian Hal Ehwal Islam (ACIS) mengam­bil per­ha­t­ian dalam prinsip-​prinsip berikut:-

  • Setiap pela­jar adalah meru­pakan makhluk yang dinamis walaupun ter­da­pat kelainan-​kelainan keperib­a­dian dan latar belakang. Bakat yang sedia ada hen­dak­lah dikem­bangkan sehingga men­jadi war­gane­gara yang baik.

  • Suatu keperib­a­dian yang bersi­fat indi­vidu terse­but ter­ben­tuk dari dua fak­tor iaitu fak­tor dala­man yang berupa bakat dan ciri-​ciri ketu­runan baik rohani dan jas­mani dan fak­tor lingkun­gan atau persekitaran.

  • Setiap indi­vidu adalah organ­isma yang berkem­bang. Justeru itu sen­ti­asa berke­mu­ngk­i­nan berubah. Proses perkem­ban­gan dan peruba­han ini dapat dibimb­ing ke arah tujuan hidup yang men­gun­tungkan bagi diri pela­jar itu sendiri, insti­tut di mana ia bela­jar dan juga masyarakat.

  • Insti­tusi pen­didikan dan masyarakat akan mem­per­olehi kema­juan lan­taran adanya perkem­ban­gan, keman­ta­pan keperib­a­dian dan kemam­puan menye­suaikan diri dari­pada para pela­jar yang meru­pakan anggota masyarakat itu sendiri.

  • Kebi­jak­sanaan adalah meru­pakan dasar utama den­gan berlan­daskan tun­tu­tan Al-​Quran dan hadis. Akan tetapi per­ha­t­ian kepada ciri-​ciri kelainan, latar belakang pen­didikan, situ­asi persek­i­taran dalam kon­teks yang berlainan juga diam­bil perki­raan dalam proses bimbingan.