Pen­ge­nalan

PENGENALAN


ACIS @ Akademi Pen­ga­jian Islam Kon­tem­po­rari ditubuhkan pada Dis­em­ber 2012yang dulunya dike­nali seba­gai CITU (Cen­ter for Islamic Thought & Under­stand­ing) @ Pusat Pemiki­ran dan kefa­haman Islam ditubuhkan bersama-​sama den­gan penubuhan uni­ver­siti ini sendiri (dulunya dike­nali den­gan Pusat Pen­didikan Islam ITM).

Akademi ini menye­di­akan kursus-​kursus akademi bagi melahirkan golon­gan pro­fe­sional Melayu Mus­lim berwibawa untuk negara. Kur­sus ACIS men­jadi sub­jek wajib uni­ver­siti sama ada diper­ingkat diploma atau ijazah kepada semua fakulti.

Mulai tahun 2012 ACIS telah menawarkan kursus-​kursus pen­ga­jian diper­ingkat Sar­jana dan Dok­tor Fal­safah. Di samp­ing itu, ACIS den­gan ker­jasama Fakulti Pen­gu­ru­san Per­ni­a­gaan menawarkan pro­gram khusus seperti Per­bankan dan Kewan­gan Islam dan juga pro­gram Pemakanan Halal ker­jasama den­gan fakulti Sains Gunaan dan lain-​lain lagi.

Apa­bila ITM dinaik taraf men­jadi uni­ver­siti pada tahun 1999, CITU yang pada masa itu mengam­bil langkah meng­gabungkan Unit Kema­juan Islam (dulunya diba­ha­gian HEP) di bawah bum­bung yang sama.

Den­gan tenaga dan kepakaran yang ada dis­amp­ing men­cu­rahkan ilmu ketika berada di bilik-​bilik kuliah, pensyarah-​pensyarah ACIS dan Pegawai Hal Ehawal Islam bertang­gung­jawab men­er­a­jui aktiv­iti kero­han­ian dan keaga­maan di kam­pus UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang.

VISI


- Mem­pel­ba­gai kur­sus pro­fe­sional dan sep­ara pro­fe­sional yang beror­i­en­tasikan Islam den­gan ker­jasama fakulti dan agensi berkaitan.

- Meng­giat dan menyuburkan budaya kein­telek­tu­alan melalui kegiatan akademik dan pel­ba­gai aktiviti

- Mem­per­t­ingkat kesar­janaan dan penye­lidikan den­gan men­gadakan program-​program akademik yang beror­i­en­tasikan Islam.

MISI


ACIS berkeyak­i­nan bahawa setiap insan memer­lukan nilai-​nilai murni seba­gai unsur kesem­pur­naan melalui pen­didikan bersepadu demi kece­mer­lan­gan hidup.