Pelu­ang Ker­jaya

Perkem­ban­gan pesat ekonomi di Malaysia teruta­manya di dalam sek­tor indus­tri telah menyum­bang kepada per­mintaan tinggi dalam kemahi­ran teknikal dan salah satu indus­tri yang dise­butkan adalah indus­tri kimia. Dalam bidang keju­ruter­aan kimia, tenaga kerja yang tinggi dalam bidang ini amat­lah diperlukan.

Graduan-​graduan dari Diploma Keju­ruter­aan Kimia beru­paya men­jadi Peno­long Jurutera atau Peno­long Teknikal kepada indus­tri berkai­tan dalam sek­tor ker­a­jaan mahupun sek­tor swasta den­gan mem­berikan sokon­gan teknikal dan perkhid­matan dalam rekaan, pem­ban­gu­nan dan penye­leng­garaan dalam pel­ba­gai jenis bidang keju­ruter­aan kimia yang dice­buri seperti indus­tri makanan dan minu­man, far­ma­su­tikal, bio­proses dan lain-​lain lagi.

Selain dari­pada itu, graduan-​graduan diploma ini juga boleh mence­buri bidang peker­jaan yang pel­ba­gai seperti penye­leng­garaan dan pen­gu­ru­san sum­ber asli (petro­leum dan minyak sawit), bahan-​bahan kitar sem­ula dis­amp­ing melin­dungi alam sekitar.

Seperti mana wujud­nya banyak industri-​industri baru di Malaysia, bidang keju­ruter­aan kimia ini amat­lah memer­lukan grad­uan yang mem­pun­yai kemahi­ran yang ter­baik. Bagi memas­tikan para grad­uan memenuhi cabaran ini, mereka boleh menam­bah­baik ilmu penge­tahuan yang terse­dia den­gan melan­jutkan pela­jaran sama ada di dalam mahupun di luar negara atau mence­burkan bidang dan mem­per­oleh pen­gala­man dalam sek­tor indus­tri untuk men­jadi Jurutera yang berkemahi­ran tinggi.