Legasi Maha­siswa Pusat Islam ( LPI )


PEN­GE­NALAN

Legasi Maha­siswa Pusat Islam atau singkatan­nya LPI telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2014. Penubuhan per­sat­uan ini secara amnya adalah untuk meng­gabungkan ahli-​ahli yang berpin­dah dari kam­pus Pulau Pinang, Johor dan Pahang bagi meneruskan legasi kepimp­inan islam untuk dit­er­ap­kan di kam­pus Pasir Gudang. Per­sat­uan ini berfungsi seba­gai medium penye­baran dak­wah didalam kam­pus dan pen­dekatan yang gunakan adalah seperti men­ga­jurkan program-​progarm yang men­didik jiwa, memn­ingkatkan kefa­haman kepada syariat islam dan seba­gainya. Rujukan kami adalah berasakan Al-​Quran dan As-​sunnah. Per­sat­uan ini juga meru­pakan tulang belakang untuk mem­bantu Akademi Pen­ga­jian Islam Kotem­po­rari (ACIS) bagi melicinkan gerak kerja dak­wah kampus.



VISI

  • Mewu­jud­kan bi’ah sole­hah di dalam kam­pus bagi melahirkan golon­gan teknokrat muslim.

  • Men­jadi tulang belakang untuk mem­bantu ACIS bagi melicinkan gerak kerja dak­wah kam­pus untuk mere­al­isas­ikan Visi UiTM untuk melahirkan maha­siswa yang betaqwa selari den­gan slo­gan UiTM iaitu Usaha, Taqwa dan Mulia.

MISI

  • Melakukan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar seba­gai satu ger­akan dak­wah di dalam kampus.

  • Memak­murkan Pusat Islam seba­gai gedung penye­baran ilmu kepada kam­pus UiTM Pasir Gudang.

  • Mewu­jud­kan sebuah Per­sat­uan Islam yang mampu ber­daya saing didalam segala aspek.


OBJEK­TIF

  • Melahirkan maha­siswa yang berilmu dan berkemahi­ran dalam segala aspek.

  • Melahirkan kesedaran dalam diri maha­siswa ten­tang kepentin­gan berdakwah.

  • Melahirkan maha­siswa yang rela ditar­biyah untuk mentarbiyah.

  • Mem­ben­tuk pemimpin yang berkual­iti di dalam dalam kalan­gan mahasiswa.