Sejarah FKA

Fakulti Keju­ruter­aan Awam telah ditubuhkan sejak tahun 1967, pada mulanya di bawah bidang kuasa Seko­lah Keju­ruter­aan. Kumpu­lan pela­jar per­tama yang lulus den­gan Diploma Lan­ju­tan Keju­ruter­aan Awam, ijazah­nya diik­ti­raf oleh Jabatan Perkhid­matan Awam, Malaysia. Pada bulan Julai 1974, sis­tem dua per­ingkat telah diperke­nalkan di mana ia mem­berikan pela­jar pil­i­han untuk mendaf­tar masuk ke pro­gram Diploma sebelum meneruskan pro­gram ijazah. Den­gan perkem­ban­gan yang seterus­nya, seko­lah itu telah dis­usun sem­ula men­jadi tiga fakulti keju­ruter­aan pada tahun 1996 yang kini mewu­jud­kan Fakulti Keju­ruter­aan Awam. Sejak itu, Fakulti Keju­ruter­aan Awam telah menawarkan pro­gram sar­jana dan pas­ca­siswazah untuk memenuhi aspi­rasi negara, keper­luan indus­tri dan dalam usaha melahirkan grad­uan yang berpenge­tahuan. Pada masa ini, Fakulti Keju­ruter­aan Awam mem­pun­yai pro­gram yang dijalankan di UiTM Shah Alam, UiTM Pasir Gudang, UiTM Pahang, UiTM Sarawak dan UiTM Pulau Pinang.

Sela­mat Datang ke Fakulti Keju­ruter­aan Awam UiTM Kam­pus Pasir Gudang

Fakulti Keju­ruter­aan Awam UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang dim­u­lakan sejak tahun 2014. Pada tahun 2018, Fakulti Keju­ruter­aan Awam UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang mem­pun­yai sera­mai 48 orang pen­syarah yang berkelu­lu­san Ijazah Sar­jana serta kelayakan pro­fe­sional dan 5 orang peno­long jurutera makmal.

Fakulti Keju­ruter­aan Awam UiTM Cawan­gan Johor Kam­pus Pasir Gudang mem­pun­yai 15 Mak­mal untuk sesi pem­be­la­jaran pela­jar iaitu:

1. BILIK TEC 1, 2, 3 DAN 4
2. DESIGN OFFICE 1 DAN 2
3. MAK­MAL ALAM SEK­I­TAR
4. MAK­MAL AUTO­CAD 1 DAN 2
5. MAK­MAL ESTEEM 1 DAN 2
6. MAK­MAL FIZIK
7. MAK­MAL GEOLOGI 1 DAN 2
8. MAK­MAL HIDRAULIK
9. MAK­MAL JALAN RAYA
10. MAK­MAL KHID­MAT BAN­GU­NAN
11. MAK­MAL KIMIA
12. MAK­MAL KONKRIT DAN FAB­RIKASI
13. MAK­MAL MEKANIK TANAH
14. MAK­MAL STRUK­TUR RINGAN DAN KEKU­ATANBAHAN
15. MAK­MAL UKUR